Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-01
Bandingkan
Pensyarah menyediakan dan menyampaikan kuliah dan tutorial dalam satu atau lebih subjek di universiti atau institusi pengajian tinggi, di samping menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan akademik dan menyumbang kepada pembangunan kurikulum. Mereka menyelia projek pelajar, menilai prestasi dan menyediakan sokongan akademik melalui bimbingan dan tunjuk ajar untuk memperkukuh pembelajaran dan membantu pemahaman konsep yang kompleks. Peranan ini merangkumi memupuk pemahaman pelajar, menyediakan pelajar untuk penilaian dan terlibat dalam aktiviti ilmiah dan pendidikan.
Tugasan
Membangunkan dan menyampaikan kuliah, tutorial, dan sesi tunjuk ajar.
Menyediakan bahan kursus, rancangan pengajaran, dan sumber pengajaran.
Menilai dan menggred kerja pelajar serta memberikan maklum balas yang membina.
Menyelia projek penyelidikan, tesis, dan latihan amali pelajar.
Menjalankan penyelidikan akademik dan menerbitkan artikel ilmiah.
Membantu dalam pembangunan kurikulum dan sukatan pelajaran.
Memberikan bimbingan akademik dan sokongan pembelajaran kepada pelajar.
Mengambil bahagian dalam mesyuarat fakulti, tugas pentadbiran, dan aktiviti khidmat profesional.
Menggunakan alat dan platform digital untuk menyokong pengajaran dalam talian atau hibrid.
Mengenal pasti kesukaran pembelajaran pelajar dan menyesuaikan kaedah pengajaran untuk menyokong pemahaman dan perkembangan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk menarik minat,memotivasi dan menunjukkan empati terhadap pelajar.
Kecekapan dan pemahaman yang mantap terhadap perkara berkaitan projek.
Kemahiran komunikasi dan pembentangan yang berkesan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi,boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran pembelajaran.
Pendengaran aktif dan strategi pengajaran untuk menyokong pembelajaran pelajar.
Khusus
Kecekapan dalam pembangunan kurikulum dan sukatan pelajaran bagi program akademik.
Kecekapan dalam pentadbiran akademik dan pengurusan kursus.
Kecekapan dalam penyelidikan akademik dan penyeliaan projek penyelidikan pelajar.
Kecekapan dalam perancangan pengajaran, tunjuk ajar, dan sokongan instruksional.
Kemahiran dalam penulisan akademik, penerbitan ilmiah, dan analisis data.
Kemahiran dalam platform e-pembelajaran dan alat pengajaran digital.
Keupayaan untuk menilai dan memantau pembelajaran serta pemahaman pelajar.
Keupayaan untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan pembelajaran yang pelbagai.
Pengetahuan dalam standard kurikulum pendidikan tinggi dan keperluan program.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.