- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2265
Pegawai Diet dan Pegawai Nutrisi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2265
Bandingkan
Pegawai Diet dan Pegawai Nutrisi
Pegawai Diet dan Pegawai Nutrisi merancang dan menyelia penyediaan diet kepada individu atau kumpulan, menyelia dan menilai program kesihatan serta membantu menilai pelbagai faktor yang berkaitan dengan masalah nutrisi dan makanan dalam masyarakat.
Tugasan
Melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Manual Diet Hospital, dan khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan diet terapeutik.
Menyediakan penilaian, pendidikan, penyelidikan dan latihan tentang nutrisi.
Mengumpulkan, menguruskan dan menilai data yang berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi individu dan kumpulan.
Memantau pengambilan dan kualiti makanan untuk memberi penjagaan nutrisi.
Merancang dan mengarah penyediaan diet menu terapeutik dan diet/ menu untuk individu atau kumpulan di hospital, institusi dan pertubuhan lain.
Menyertai program pendidikan nutrisi dan aktiviti pemulihan nutrisi.
Memberi nasihat tentang aspek nutrisi berhubung dengan isu nutrisi dan program kesihatan masyarakat.
Mengikuti perkembangan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan dan mengekalkan hubungan dengan profesional yang sesuai.
Menyediakan bahan pendidikan serta memberi ceramah dan kuliah tentang diet dan nutrisi.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan masyarakat.
Mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan lain.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.