Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2265-03
Bandingkan
Pegawai Penyediaan Makanan Gred C9 bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan bahan makanan basah/ mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.
Tugasan
Membuat pesanan atau pembelian untuk makanan basah/ mentah dan kering, formula enteral, formula susu bayi serta produk khas, serta memastikan penerimaan mematuhi pesanan dan spesifikasi kontrak.
Mengurus penyimpanan makanan dan stok, termasuk stor pukal, sub-stor, stor harian, chiller, dan freezer mengikut tatacara penyimpanan, sistem rekod stok, kebersihan, dan keselamatan.
Menyelia dan memastikan makanan disediakan dengan mematuhi menu dan resipi piawai bagi diet normal, diet terapeutik, diet kanak-kanak dan doktor on call serta menghasilkan mutu masakan yang berkualiti.
Merancang menu dan resipi piawai, termasuk diet yang mempunyai modifikasi konsisten dan nutrien.
Menentukan pematuhan indikator-indikator kualiti yang ditetapkan daripada peringkat penerimaan makanan basah/ mentah dan kering daripada pembekal hingga makanan dihidangkan kepada pesakit.
Melaksanakan tugas pentadbiran berkaitan perkhidmatan makanan.
Memastikan anggota di bawah jagaan mengamalkan kebersihan diri dalam setiap proses kerja yang dikendalikan.
Merekodkan daftar inventori dan harta modal serta memeriksa dan mengemaskinikan stok peralatan untuk memastikan rekod peralatan adalah betul.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat serta membuat keputusan dengan tepat dan cepat.
Berkebolehan menyediakan kertas kerja dan laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam pengendalian komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.