Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2264-01
Bandingkan
Juruterapi Fizikal Ortopedik menilai, mendiagnosis dan merawat keadaan muskuloskeletal dan neuromuskuloskeletal yang mempengaruhi tulang, sendi, otot dan struktur yang berkaitan, dengan tujuan untuk memulihkan pergerakan, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kebebasan berfungsi. Mereka mereka bentuk dan melaksanakan program pemulihan individu menggunakan terapi fizikal dan manual, senaman terapeutik dan pendidikan pesakit untuk menguruskan kecederaan, keadaan kongenital, gangguan berkaitan usia dan penyakit kronik. Mereka boleh bekerjasama dalam pasukan pelbagai disiplin untuk menyokong pemulihan, mencegah komplikasi dan menggalakkan mobiliti jangka panjang dan kesejahteraan fizikal.
Tugasan
Menjalankan penilaian menyeluruh terhadap pesakit yang mempunyai keadaan muskuloskeletal dan neuromuskuloskeletal untuk mengenal pasti disfungsi, punca kesakitan, dan keterbatasan fungsi.
Membangunkan dan melaksanakan program pemulihan individu dan senaman terapeutik untuk memulihkan pergerakan, mengurangkan kesakitan, dan meningkatkan kebebasan berfungsi.
Memberikan intervensi fisioterapi, termasuk terapi manual, mobilisasi sendi, regangan, urutan, dan penggunaan peralatan pemulihan yang sesuai.
Menjalankan penilaian klinikal dan mentafsir dapatan untuk menyokong diagnosis, perancangan rawatan, serta penggunaan intervensi ortotik atau sokongan apabila diperlukan.
Memberikan panduan mengenai pemilihan, pemasangan, dan penggunaan peranti ortotik, prostetik, atau peranti sokongan pemulihan yang lain mengikut kesesuaian.
Memantau kemajuan pesakit, menyesuaikan pelan rawatan, dan menyelenggara rekod yang tepat mengenai penjagaan, hasil pemulihan, dan keperluan susulan.
Bekerjasama dengan profesional kesihatan dan penjaga untuk memastikan pengurusan pelbagai disiplin yang terselaras serta kesinambungan penjagaan.
Mengekalkan pengetahuan profesional dan mengaplikasikan amalan berasaskan bukti untuk menambah baik hasil pemulihan dan penjagaan pesakit.
Kemahiran
Asas
Empati,kesabaran dan belas kasihan untuk memberikan penjagaan sokongan,terutamanya kepada pesakit dengan keadaan kronik atau kompleks.
Kebolehan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah untuk penilaian,diagnosis dan perancangan rawatan yang tepat.
Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang kuat untuk berinteraksi secara berkesan dengan pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan.
Kemahiran pengurusan organisai dan masa untuk mengurus beban kes,dokumentasi dan operasi klinik.
Ketangkasan manual dan ketahanan fizikal untuk melakukan terapi secara langsung dengan tepat.
Khusus
Kecekapan dalam pemeriksaan pesakit, perancangan rawatan, pemantauan kemajuan, dan penilaian hasil pemulihan.
Kecekapan dalam pemilihan, pemasangan, dan penggunaan peranti ortotik, prostetik, dan peranti sokongan pemulihan yang lain.
Kemahiran dalam penggunaan alat penilaian klinikal serta tafsiran dapatan pengimejan, gaya berjalan, postur, dan pergerakan berfungsi.
Kemahiran dalam terapi manual, mobilisasi sendi, teknik tisu lembut, dan preskripsi senaman terapeutik.
Kepakaran dalam penilaian dan teknik pemulihan muskuloskeletal dan neuromuskuloskeletal.
Keupayaan untuk mereka bentuk dan melaksanakan program pemulihan individu bagi pesakit dengan kecederaan, keadaan kongenital, gangguan berkaitan usia, dan penyakit kronik.
Pengetahuan dalam anatomi, fisiologi, biomekanik, dan patofisiologi ortopedik.
Pengetahuan dalam modaliti fisioterapi berasaskan bukti dan intervensi pemulihan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.