Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2263
Bandingkan
Profesional Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan dan Kebersihan menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memeriksa premis perniagaan dan kediaman serta kawasan awam untuk mengesan keadaan yang.
Tidak bersih yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
Membangunkan, melaksana dan mengkaji semula program dan dasar untuk meminimumkan risiko bahaya persekitaran dan pekerjaan.
Memberi nasihat tentang masalah dan teknik sanitari alam sekitar.
Menggalakkan langkah pencegahan dan pembetulan seperti kawalan penyakit yang membawa organisma dan bahan memudaratkan dalam udara, pengendalian makanan yang bersih, pelupusan sisa yang betul dan pembersihan tempat awam.
Menganjurkan kempen, menyampaikan kuliah dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penerapan amalan dan teknik yang diperbaik.
Menyelaras pampasan, pemulihan dan kembali ke tempat kerja bagi pekerja yang cedera.
Mengaplikasikan prinsip dan amalan kebersihan dan sanitasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Mengawasi status kebersihan, keselamatan pengeluaran makanan, membantu dalam perancangan, penyelarasan dan penilaian ke atas pendidikan industri makanan dan pendidikan pengguna, memberi sokongan teknikal mengenai aspek teknologi makanan dalam perancangan, pelaksanaan perundangan, latihan dan lain-lain keperluan.
Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan.
Menyediakan dan mengemukakan laporan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.