- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
225
Pakar Veterinar
Kumpulan Unit
2251
Pakar Veterinar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2251-02
Bandingkan
Pegawai Veterinar Gred GV9 bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik dan menjalankan rawatan klinikal, memastikan makanan berasaskan protein haiwan bebas penyakit dan selamat untuk memasuki rantaian makanan manusia, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembangunan, pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguatkuasa undang-undang import dan eksport bahan-bahan hasilan haiwan dan ternakan selaras dengan undang-undang antarabangsa (WOAH, WTO, FAO dsb), dan membuat laporan teknikal dan umum mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan tugas pentadbiran Jabatan yang lain, selaras dengan keperluan dan panduan khusus dari World Organization of Animal Health (WOAH-formerly known as OIE) bagi pentadbiran veterinar yang baik dan perkhidmatan veterinar berkualiti (Good Veterinary Governance and Quality Veterinary Services).
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan kesihatan, siasatan penyakit, diagnosis tentatif dan diagnosis pembezaan ke atas haiwan berdasarkan tanda-tanda klinikal dan hasil penemuan bedah siasat.
Menjalankan rawatan klinikal (cth: pemberian ubatan veterinar, prosedur klinikal dan pengeluaran preskripsi) dan menjalankan pembedahan elektif minor serta membantu dalam pembedahan major (assistant surgeon)
Menjalankan tindakan kawalan (control) dan pencegahan (metaphylaxis dan prophylaxis) penyakit daripada merebak seperti disinfeksi, pemvaksinan, rawatan, pemusnahan, pelupusan, dan kawalan pergerakan ternakan.
Menjalankan ujian bakteriologi, virologi, parasitologi, patologi dan lain-lain ujian penentuan penyakit haiwan.
Menyemak dan memperakukan Sijil Kesihatan Veterinar untuk pergerakan haiwan hidup.
Menjalankan pemeriksaan dokumen dan pemeriksaan lapangan bagi kesihatan haiwan, pemeriksaan premis (Rumah sembelih dan Loji Pemprosesan), produk dan hasilan ternakan (dalam dan luar negara) serta makanan haiwan bagi tujuan kepastian kualiti dan keselamatan makanan hasilan haiwan dan makanan haiwan bagi program pensijian Jabatan (GAHP, MyGAP, MYOrganik, VHM, GMP, GVHP dan lain-lain pensijilan berkaitan).
Menjalankan pemeriksaan penggunaan ubat-ubatan dan biologik veterinar bagi mematuhi preskripsi dan arahan penggunaan.
Menjalankan pemeriksaan kesuburan (breeding soundness examination) dan kesesuaian ternakan untuk tujuan pembiakbakaan dan pemeriksaan kebuntingan ternakan (pregnancy diagnosis).
Melaksanakan aktiviti khidmat nasihat merangkumi nasihat teknikal daripada aspek kesihatan dan kebajikan haiwan, kesihatan awam veterinar, regulatori, perundangan dan pembangunan industri ternakan.
Menyediakan modul latihan dan jadual kursus.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan, berdaya fikiran tinggi dan inovatif.
Khusus
Berupaya mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan perubatan veterinar dalam pentadbiran dan perkhidmatan veterinar.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kawalan, pencegahan dan pembasmian penyakit haiwan serta zoonosis.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.