Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2211
Bandingkan
Pengamal Perubatan Umum
Pengamal Perubatan Umum mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit, jangkitan, kecederaan, dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental, dan mengekalkan kesihatan umum pada manusia melalui pengaplikasian prinsip dan prosedur perubatan moden. Mereka boleh bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan perubatan yang berterusan dan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Memeriksa pesakit untuk menentukan jenis jangkitan atau penyakit.
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis.
Memberi preskripsi dan rawatan penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnos.
Memberi nasihat dan menerapkan kaedah perubatan dan rawatan pencegahan.
Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti.
Mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.