Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2211-14
Bandingkan
Pegawai Perubatan Gred UD14
Pegawai Perubatan Gred UD14 bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas- tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Tugasan
Pemeriksaan pesakit, menentukan diagnosa dan memberi rawatan kepada pesakit dengan teliti.
Penjagaan pesakit dalam wad – melakukan ward round dan pengendalian kes-kes pesakit dalam wad.
Mengendalikan klinik pesakit luar.
Menjalankan tugas atas panggilan on call mengikut jadual yang ditetapkan tiap-tiap bulan.
Membincangkan kes-kes tertentu serta memberi pendapat kepakaran kepada pegawai perubatan unit lain dalam bidang perawatan berkaitan.
Mengawasi dan menjalankan tugas-tugas penyeliaan ke atas pakar klinikal, pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah dan kakitangan sokongan di bawah jagaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Melakukan pembedahan major dan minor ke atas pesakit secara elektif pada hari-hari yang ditetapkan.
Membimbing pakar klinikal dan pegawai perubatan dalam melakukan pembedahan.
Memberi latihan amali dan tunjuk ajar kepada pegawai perubatan yang ditempatkan di jabatan berkaitan.
Memilih dan mengendalikan projek untuk penyelidikan (termasuk program QAP/ HAS), serta menyelia, merancang dan menjalankan kajian QAP di jabatan yang berkaitan.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi atau kaunseling.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.