- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
221
Doktor Perubatan
Kumpulan Unit
2211
Pengamal Perubatan Umum
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2211-03
Bandingkan
Doktor Perubatan (Kardiologi)
Doktor Perubatan (Kardiologi) bertanggungjawab untuk diagnosis, rawatan dan pengurusan keadaan jantung dan kardiovaskular pada pesakit dewasa. Mereka menilai kesihatan pesakit melalui penilaian klinikal, semakan sejarah perubatan dan ujian diagnostik serta membangunkan pelan rawatan yang mungkin termasuk ubat-ubatan, intervensi gaya hidup atau prosedur intervensi. Mereka juga memberi tumpuan kepada penjagaan pencegahan, pendidikan pesakit dan kerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan lain untuk menyediakan penjagaan jantung yang komprehensif.
Tugasan
Menilai gejala kardiovaskular, sejarah perubatan dan faktor risiko pesakit melalui konsultasi dan pemeriksaan fizikal.
Memesan, menjalankan dan mentafsir ujian diagnostik kardiovaskular.
Menjalankan dan mentafsir prosedur kardiologi intervensi seperti angiografi koronari, pemasangan stent dan implantasi perentak jantung, jika mempunyai kelayakan.
Mempreskripsikan dan mengurus ubat-ubatan, rawatan bukan pembedahan dan prosedur intervensi untuk keadaan kardiovaskular.
Membangunkan pelan rawatan dan susulan secara individu untuk pesakit yang mempunyai keadaan kardiovaskular.
Mengurus penjagaan jangka panjang bagi pesakit dengan penyakit jantung kronik dan keadaan kardiovaskular yang berkaitan.
Mendidik pesakit tentang kesihatan kardiovaskular, pencegahan penyakit, pengubahsuaian gaya hidup dan pematuhan rawatan.
Menyelaras dengan pasukan kesihatan multidisiplin dalam penjagaan pesakit rutin dan kecemasan kardiovaskular.
Kemahiran
Asas
Komunikasi yang berkesan dengan pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan.
Pemikiran kritikal and penyelesaian masalah untuk mendiagnosis keadaan jantung.
Penganmbilan keputusan beretika dalam situasi klinikal dan kecemasan.
Pengurusan masa dan daya tahan di bawah tekanan semasa kecemasan.
Perhatian terhadap perincian dan empati dalam penjagaan pesakit.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan peralatan kardiologi khusus dan peranti pemantauan yang digunakan dalam prosedur jantung.
Kecekapan dalam mentafsir dan menganalisis ujian diagnostik kardiovaskular.
Keupayaan untuk memberikan konsultasi klinikal, penjagaan pesakit dan pengurusan berterusan bagi pesakit kardiologi.
Keupayaan untuk mendiagnosis dan mengurus penyakit kardiovaskular, termasuk hipertensi, dislipidaemia dan penyakit arteri koronari.
Keupayaan untuk mendidik pesakit tentang kesihatan kardiovaskular, pencegahan penyakit, pengubahsuaian gaya hidup dan pematuhan rawatan.
Kompetensi dalam prosedur kardiologi intervensi seperti angioplasti, pemasangan stent koronari dan implantasi perentak jantung.
Pengetahuan dalam farmakologi jantung dan elektrofisiologi untuk rawatan kardiovaskular dan pengurusan pesakit.
Pengetahuan dalam garis panduan klinikal kardiologi dan protokol penjagaan jantung.
Pengetahuan dalam prinsip perubatan dalaman yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan keadaan kardiovaskular.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2211-01
Doktor Perubatan
2211-02
Doktor Perubatan (Ginekologi)
2211-03
Doktor Perubatan (Kardiologi)
2211-04
Doktor Perubatan (Obstetrik)
2211-05
Doktor Perubatan (Oftalmologi)
2211-06
Doktor Perubatan (Psikiatri)
2211-07
Doktor Perubatan (Radiologi)
2211-08
Doktor Perubatan (Kulit)
2211-09
Pegawai Kawalan Infeksi
2211-10
Ahli Teknologi Perubatan Nuklear
2211-11
Pegawai Perubatan Gred UD9, UD10
2211-12
Pegawai Perubatan Gred UD12
2211-13
Pegawai Perubatan Gred UD13
2211-14
Pegawai Perubatan Gred UD14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.