Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2182-09
Bandingkan
Penganalisis Produk dan Kimia
Penganalisis Produk dan Kimia menilai komposisi kimia, keselamatan, kualiti dan pematuhan peraturan bagi sesuatu produk, terutamanya yang mengandungi komponen kimia yang digunakan dalam pembuatan dan aplikasi perindustrian. Peranan ini menjalankan analisis makmal serta membangunkan atau menambah baik kaedah ujian untuk menilai kestabilan produk, prestasi dan pematuhan kepada piawaian yang berkaitan, di samping menyokong proses pembangunan produk dan jaminan kualiti. Mereka mentafsir dapatan analisis bagi memaklumkan penambahbaikan dalam formulasi, proses dan integriti keseluruhan produk selaras dengan keperluan peraturan.
Tugasan
Menjalankan ujian kimia ke atas bahan mentah dan produk siap untuk memastikan kualiti, keselamatan dan pematuhan kepada piawaian yang berkaitan.
Membangunkan dan mengesahkan kaedah analisis serta prosedur ujian untuk menilai kestabilan, prestasi dan pematuhan produk.
Mengkaji dan memilih bahan kimia yang sesuai bagi formulasi produk berdasarkan keperluan prestasi, keselamatan dan peraturan.
Mendokumenkan, mentafsir dan melaporkan data makmal dan data eksperimen untuk menyokong pembangunan produk serta penambahbaikan formulasi.
Menganalisis produk pesaing untuk menanda aras komposisi kimia, prestasi dan ciri pematuhan.
Menyokong pasukan rentas fungsi dalam percubaan produk serta memastikan pematuhan kepada garis panduan peraturan dan keselamatan.
Bekerjasama dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran untuk menambah baik prestasi produk, formulasi dan proses.
Memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan kerja dalam makmal dan proses kimia.
Mengambil bahagian dalam inisiatif penambahbaikan berterusan yang berkaitan dengan ujian, jaminan kualiti dan proses pembuatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara berdikari dan dalam pasukan pelbagai fungsi.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk menilai data kimia.
Kemahiran dalam MIcrosoft Office,khusunya Excel dan Word,untuk pendokumenan dan pelaporan.
Ketelitian terhadap butiran untuk ujian yang tepat,pendokumenan dan analisis produk.
Komunikasi bertulis dan lisan yang berkesan untuk pelaporan yang jelas dan bekerjasama.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah instrumen analisis
Kecekapan dalam menggunakan perisian statistik untuk analisis data dan pelaporan.
Kecekapan dalam menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Makmal (LIMS) untuk penjejakan sampel dan pengurusan data.
Kecekapan dalam ujian bahan dan kimia menggunakan teknik makmal standard.
Keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir data kimia dan data makmal dengan tepat.
Pengetahuan dalam keperluan keselamatan, peraturan dan pematuhan industri bagi persekitaran kimia dan pembuatan.
Pengetahuan dalam piawaian makmal dan kualiti yang berkaitan.
Pengetahuan dalam sistem pengurusan kualiti makmal dan amalan jaminan kualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.