- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
217
Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/ Lokomotif
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2173-16
Bandingkan
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara dan pelesenan jurutera penyenggaraan.
Tugasan
Merancang dan mengawal pentadbiran Airworthiness untuk memastikan tugas-tugas dijalankan dengan efektif, licin dan efisien.
Mengarah kerja-kerja Airworthiness untuk memenuhi tanggungjawab yang diperuntukkan dalam MCAR seperti certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, kelulusan manual penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara danpelesenan jurutera penyenggaraan.
Menyelia dan membuat pembahagian tugas harian pegawai-pegawai bawahannya,
Memastikan pegawai-pegawai Airworthiness menggunakan prosedur dan piawaian certifikasi, pemeriksaan dan penyeliaan yang bersesuaian dengan tugas.
Merancang dan mengenal pasti keperluan latihan-latihan untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai Airworthiness bagi menampung tugas-tugas bersesuaian dengan teknologi baru dan jenis kapal udara yang baru.
Merancang dan menggubal piawaian Airworthiness untuk di guna pakai ke atas industri penerbangan awam negara.
Merancang dan menggubal polisi, arahan serta bahan rujukan berhubung certifikasi, pembuatan dan airworthiness kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi) dan peralatannya.
Menentukan penilaian dan kelulusan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan penerbangan awam negara di patuhi oleh industri.
Mengawasi prestasi, dari segi keselamatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi) dan peralatan buatan Malaysia dengan menganalisa laporan kerosakan produk tersebut, meluluskan Service Bulletin dan mengeluarkan Airworthiness Directives.
Memberi khidmat kepakaran di dalam penyiasatan insiden dan kemalangan kapal udara, dan mengekalkan hubungan dengan syarikat pembuat kapal udara, kelengkapan serta peralatannya serta dengan ICAO dan pihak berkuasa negara lain dari segi keperluan, amalan dan peraturan Airworthiness.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2173-01
Juruterbang
2173-02
Pengajar Penerbangan
2173-03
Jurutera Pereka Pesawat
2173-04
Jurutera Aeronautik
2173-05
Kakitangan Kajian Kelayakan Udara
2173-06
Pegawai Penerbangan Marin
2173-07
Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen
2173-08
Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Gred AT9
2173-09
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9
2173-10
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10
2173-11
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12
2173-12
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13
2173-13
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 (Pengarah Operasi Penerbangan)
2173-14
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10
2173-15
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12
2173-16
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13
2173-17
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.