Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173-13
Bandingkan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 (Pengarah Operasi Penerbangan)
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 (Pengarah Operasi Penerbangan) bertanggungjawab memastikan penerbangan awam dijalankan dengan selamat melalui pengawasan pelesenan semua ahli udara dan Flight Dispatcher penerbangan awam, pengeluaran sijil pengusaha udara dan pengawasan berterusan untuk semua pengusaha udara yang menjalankan aktiviti penerbangan awam, penilaian kompetensi ahli udara dan kapal udara melalui ujian penerbangan, dan menjalankan penyiasatan kemalangan udara apabila perlu
Tugasan
Pengarah Operasi Penerbangan adalah Ketua Bahagian dan bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam.
Bertanggungjawab memastikan keberkesanan tugas semua unit yang terletak di bawah Bahagian Operasi Penerbangan.
Menggubal dasar-dasar perlaksanaan, pengawasan dan pindaan ke atas tahap operasi penerbangan syarikat dan anak kapal negara.
Merancang tugas penilaian dan pemeriksaan terhadap operasi syarikat penerbangan dan anak kapal untuk pengeluaran sijil operasi dan lesen penerbangan.
Bertanggungjawab menentukan bahawa kegiatan operasi syarikat penerbangan di negara ini adalah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan di dalam MCAR 1996.
Bertanggungjawab menentukan tahap dan dan taraf ujiterbang pesawat dan ujian penerbangan di buat mengikut peraturanperaturan yang telah di tetapkan.
Bertanggungjawab bahawa dasar, perundangan, prosedur dan tahap operasi syarikat penerbangan di negara ini sentiasa mematuhi kehendak-kehendak ICAO dan badan-badan antarabangsa yang lain untuk tujuan mengekalkan dan mendapatkan pengiktirafan dan hak pendaratan antarabangsa.
Memastikan bahawa operasi penerbangan syarikat-syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini mematuhi perundangan negara dan kehendak-kehendak ICAO.
Mengurus dan mentadbir Bahagian Operasi Penerbangan, termasuk merancang keperluan kewangan dan latihan kakitangan.
Mengawasi penyiasatan serta memberi khidmat nasihat berkenaan laporan kejadian udara bagi tujuan pencegahan dan pengawalan.
Bertanggungjawab merancang dan mengawal pentadbiran Unit Uji Terbang dan Simulator untuk memastikan tugas-tugas dijalankan dengan berkesan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.