Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2172-06
Bandingkan
Pegawai Laut Gred AL9 bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut, menguruskan pelaksanaan latihan, penyelidikan dan pengurusan data statistik khususnya berkaitan dengan industri perkapalan dan pengangkutan laut.
Tugasan
Melaksanakan pendaftaran, pelesenan, pemilikan kapal dan bot di Malaysia, serta pengauditan dan verifikasi yang ditetapkan.
Menjalankan pemeriksaan kapal, auditan pengurusan keselamatan dan sekuriti, serta memastikan pematuhan kepada konvensyen antarabangsa seperti International Maritime Organization (IMO), SOLAS, dan MARPOL 73/78.
Menjalankan penyiasatan kemalangan maritim dan siasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
Mengurus dan melaksanakan pengurusan trafik maritim serta pemantauan kepatuhan lalu lintas pelayaran melalui Sistem Kawalan Trafik (VTS).
Mengurus dan melaksanakan pencegahan, kawalan, dan tindakan melawan pencemaran marin dari kapal di perairan Malaysia mengikut perundangan antarabangsa dan nasional.
Melaksanakan survey hidrografi, pemprosesan data, QA/QC, serta penghasilan dan penyelenggaraan pangkalan data hidrografi bagi keselamatan alur pelayaran.
Mengurus proses pengeluaran perakuan kekompetenan, perakuan pengiktirafan, dokumen keanggotaan selamat, sijil pengamal perubatan, sijil modular dan lesen malim.
Mengurus operasi pelabuhan, pewartaan had kawasan pelabuhan, ketibaan dan pelepasan kapal, serta aktiviti pemindahan muatan kapal ke kapal (ship-to-ship transfer).
Menyediakan cadangan belanjawan dan mengurus perbelanjaan tahunan.
Mengkaji dan menilai keperluan-keperluan teknikal antarabangsa dengan mewakili negara dalam mesyuarat mesyuarat antarabangsa bagi tujuan pematuhan kepada konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkepentingan kepada negara.
Kemahiran
Khusus
Memiliki kompetensi dalam bidang hidrografi.
Memiliki kompetensi dalam bidang pemaliman.
Memiliki kompetensi dalam perkhidmatan trafik kapal (VTS).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.