Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2171-01
Bandingkan
Jurutera Marin bertanggungjawab terhadap reka bentuk, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikan sistem mekanikal, elektrik, dan elektronik pada kapal serta vesel marin. Ini termasuk sistem pendorongan, jentera tambahan, unit penjanaan kuasa, dan peralatan penting lain di atas kapal. Mereka memastikan semua sistem berfungsi dengan selamat dan cekap serta mematuhi peraturan maritim, menyelia operasi teknikal, mengurus kru kejuruteraan, dan melaksanakan pembaikan kecemasan bagi mengekalkan kelayakan belayar kapal serta keselamatan kru dan kargo.
Tugasan
Mereka bentuk, memasang, memeriksa, mendiagnosis dan menyelenggara sistem pendorongan, sistem tambahan serta mesin kapal termasuk sistem mekanikal, elektrik dan elektronik di atas kapal.
Menyelia dan mengurus pasukan kejuruteraan bagi memastikan operasi kapal yang cekap dan selamat.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan maritim, piawaian keselamatan dan konvensyen alam sekitar.
Mengurus penggunaan bahan api, operasi bunkering dan kecekapan tenaga di atas kapal.
Menyelaras pembaikan, pengubahsuaian, ujian teknikal serta tindak balas kecemasan bagi sistem dan mesin kapal.
Menyelenggara rekod operasi, log dan dokumentasi kejuruteraan dengan tepat.
Memberi nasihat teknikal semasa pembinaan, pengubahsuaian dan kerja dry docking kapal.
Bekerjasama dengan arkitek naval, limbungan kapal dan profesional lain berkaitan operasi dan penyelenggaraan kapal.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan kukuh dalam persekitaran marin bertekanan tinggi.
Kemahiran pemikiran kritis dan analitikal untuk mendiagnosis dan menyelesaikan masalah mekanikal yang kompleks.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk mengendalikan tugasan,jadual penyelenggaraan dan rekod operasi dengan cekap.
Komunikasi,kerja berpasukan dan kepimpinan yang berkesan untuk menyelaras pasukan pelbagai disiplin dan pelbagai negara.
Pemahaman tentang piawaian keselamatan,dasar alam sekitar dan amalan pengurusan risiko.
Khusus
Kecekapan dalam mentafsir manual teknikal, lukisan kejuruteraan dan dokumentasi keselamatan.
Kecekapan dalam sistem diagnostik, pemantauan keadaan dan penyelenggaraan berjadual untuk penyelesaian masalah dan penyelenggaraan ramalan.
Kemahiran dalam operasi bilik kawalan enjin serta sistem elektrik dan elektronik marin.
Kemahiran dalam sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC), penyejukan, hidraulik dan sistem bahan api marin.
Keupayaan mengurus pasukan kejuruteraan kapal dan menyelaras aktiviti penyelenggaraan semasa operasi rutin dan kecemasan.
Pengetahuan dalam peraturan maritim antarabangsa.
Pengetahuan dalam sistem pendorongan marin termasuk enjin diesel, hidraulik, pneumatik, sistem bahan api dan termodinamik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.