Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2165-04
Bandingkan
Juruukur Gred J9 bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur di dalam bidang pemetaan topografi, geodetik, pengukuran pemetaan utiliti dan kadaster yang meliputi ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, gelanggang sukan, ukuran siasatan berkejituan tinggi, sempadan antara negeri dan antarabangsa. Seterusnya memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan jabatan.
Tugasan
Menyelaras kerja pentadbiran seksyen, perancangan aktiviti, dan pembahagian tugas kakitangan dan memastikan pelaksanaan tugas mengikut dasar yang ditetapkan oleh jabatan.
Merancang, melaksanakan projek, serta menyelaras kerja pengumpulan dan pemprosesan data ukur, pemetaan, dan kadaster.
Menjalankan semakan, analisis, dan kawalan kualiti terhadap semua kerja pemprosesan data ukur, pemetaan, dan kadaster.
Menyediakan anggaran belanjawan dan keperluan tahunan cawangan/unit.
Bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan semua dokumen dan rekod-rekod data ukur pemetaan dan kadaster.
Melakukan lawatan mengejut, lawatan diatur, lawatan penyeliaan, dan lawatan ujian kerja lapangan dari semasa ke semasa.
Mewakili seksyen untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat teknikal kepada pihak tertentu mengenai aktiviti seksyen.
Mengurus dan mentadbir Unit Ukur Bahan, menyelia pegawai bawahan, dan mengurusetia mesyuarat tertentu.
Menyemak dokumen tender, sebut harga, dan kontrak projek yang disediakan oleh Juruukur Bahan.
Menyediakan laporan bulanan dan tahunan aktiviti dan kemajuan unit/cawangan serta laporan prestasi kakitangan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pendaftaran dan pembangunan tanah.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.