Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2164-03
Bandingkan
Perancang Bandar dan Wilayah bertanggungjawab membangunkan dan melaksanakan strategi serta dasar guna tanah bagi kawasan bandar, pinggir bandar, dan luar bandar untuk menggalakkan pembangunan yang mampan dan cekap. Mereka menjalankan penyelidikan, menganalisis data, serta berinteraksi dengan pihak berkepentingan awam dan swasta untuk merancang komuniti baharu, memperbaharui infrastruktur, dan membimbing reka bentuk kawasan kediaman, rekreasi, institusi, dan landskap. Kerja mereka mengambil kira aspek sosial, alam sekitar, dan ekonomi, memastikan pematuhan terhadap kerangka peraturan, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup sambil menangani cabaran seperti peluasan bandar, kesesakan trafik, dan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Tugasan
Menjalankan penilaian tapak dan penyelidikan terhadap corak guna tanah, pertumbuhan penduduk, dan keadaan alam sekitar untuk menilai kebolehlaksanaan pembangunan.
Menyediakan pelan pembangunan dan guna tanah, peraturan pengezonan, dan dasar perancangan untuk menyokong pertumbuhan bandar dan wilayah yang mampan.
Menilai cadangan perancangan dan pembangunan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang pengezonan, keperluan perancangan, peraturan bangunan, dan peraturan alam sekitar.
Bekerjasama dengan arkitek, jurutera, saintis alam sekitar, pegawai kerajaan, dan pihak berkepentingan lain untuk menyokong keputusan perancangan.
Menyediakan laporan, dokumen teknikal, dan pembentangan visual untuk menyokong analisis dan pembuatan keputusan perancangan.
Memantau pelaksanaan pembangunan dan kemajuan tapak untuk memastikan pematuhan terhadap pelan yang diluluskan dan keperluan perancangan.
Mengambil bahagian dalam inisiatif perancangan strategik jangka panjang, termasuk projek pengangkutan, perumahan, infrastruktur, dan pembangunan hijau.
Memberi nasihat tentang cadangan perancangan, pelan susun atur, dan strategi pembangunan bagi kawasan bandar dan wilayah.
Menyelaras dan menyelia pelaksanaan serta integrasi projek pembangunan bandar dan wilayah.
Kemahiran
Asas
Kebolehan organisasi dan pengurusan masa untuk mengendalikan pelbagai projek dan menepati tempoh masa ditetapkan.
Kebolehan untuk bekerja secara bekerjasama dala, pasukan antara disiplin dan mengaplikasikan peraturan perancangan dengan tepat.
Kemahiran analitikal dan kritis yang kukuh untuk menilai data demografi,persekitaran dan data ekonomi.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang cemerlang untuk menyampaikan konsep perancangan yang kompleks kepada pihak berkepentingan.
Kemahiran penyelesaian masalah untuk menangani kepentingan yang bersaing dan mencadangkan penyelesaian praktikal.
Khusus
Kecekapan dalam Geographic Information Systems (GIS) untuk analisis spatial dan pemetaan.
Kecekapan dalam perisian visualisasi dan lakaran perancangan, termasuk AutoCAD dan SketchUp.
Keupayaan untuk memvisualisasikan cadangan pembangunan dan menyediakan bahan pembentangan perancangan.
Keupayaan untuk menjalankan penilaian alam sekitar, sosial, dan kebolehlaksanaan pembangunan.
Pengetahuan dalam perancangan alam sekitar dan penilaian kemampanan dalam projek pembangunan.
Pengetahuan dalam perancangan pengangkutan dan mobiliti, termasuk pertimbangan pengurusan trafik dalam perancangan guna tanah.
Pengetahuan dalam perundangan perancangan, peraturan pengezonan, dan prosedur kawalan pembangunan.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk bandar, perancangan guna tanah, dan pembangunan mampan.
Pengetahuan dalam proses pembangunan tanah dan penyelarasan projek.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.