- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2162
Arkitek Landskap
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2162-02
Bandingkan
Arkitek Landskap Gred J9
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Arkitek Landskap Gred J9 merancang, menyedia, menyelaras dan melaksanakan taman-taman awam dan kemudahan rekreasi serta landskap di seluruh negara dan memastikan ianya direkabentuk dan dibina dengan baik, praktikal dan selamat. Menyediakan dasar, akta, garis panduan dan maklumat perancangan, pembinaan dan pengurusan landskap. Menyelaras perancangan program pembangunan landskap dengan menggunakan perkhidmatan sokongan sistem maklumat dan komputerisasi yang bersesuaian dan mudah sampaian maklumat. Memastikan pembangunan landskap menepati piawaian, garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan. Menyediakan khidmat nasihat perancangan dan teknikal pembangunan landskap yang profesional. Menyediakan khidmat nasihat dan manual penyelenggaraan landskap yang efisyen bagi setiap projek pembangunan landskap yang disediakan. Menyediakan perancangan untuk membangun dan mengemaskini program pemuliharaan landskap yang bertujuan untuk mengekal, memulihara dan memperkayakan sumberjaya landskap negara.
Tugasan
Mengkaji dan menyediakan program pembangunan Jabatan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) dan menyediakan dasar, garis panduan, akta, serta perundangan berkaitan pembangunan landskap.
Menyediakan Pelan Induk Landskap (perancangan 10 tahun) untuk pembangunan landskap seluruh negara.
Mengkaji dan merancang keperluan penyelidikan landskap dan bidang-bidang yang berkaitan dengan pemuliharaan landskap.
Melaksanakan dan menyelaras program penyelidikan landskap sejajar dengan keperluan rekabentuk dan industri landskap.
Merancang dan menyelaras pembangunan program penyelenggaraan landskap dan taman awam di seluruh negara.
Mengenalpasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi maklumat terkini yang bersesuaian untuk menyokong kerja-kerja perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap yang dilaksanakan oleh semua bahagian/ unit di jabatan.
Merancang dan menyelaras pelaksanaan program promosi landskap melalui pertandingan landskap, pameran, majlis sambutan seperti Hari Landskap Negara, program media massa, bahan penerbitan dan lain-lain yang berkaitan.
Menyediakan kerja-kerja pemantauan, perancangan dan penilaian keperluan pembangunan taman awam dan kemudahan-kemudahan rekreasi seluruh negara.
Mengenal pasti masalah perancangan spatial dan keperluan projek pembangunan landskap.
Memberi khidmat teknikal untuk semua sektor kerajaan di dalam aspek perancangan, penyediaan rekabentuk dan pembinaan landskap.
Membantu menyediakan anggaran kos, menyemak kos semasa pembinaan dan juga menyediakan perancangan kos bagi projek-projek pembinaan dan pembangunan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang berkaitan landskap, pengurusan projek, pengurusan kontrak serta pelantikan perunding dan kontraktor.
Berkebolehan membuat analisis berkaitan landskap.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam penggunaan pelbagai perisian komputer seperti AutoCAD, Microsoft Office, Adobe Photoshop dan perisian berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.