- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka
Kumpulan Unit
2161
Arkitek Bangunan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2161-02
Bandingkan
Arkitek Gred J9/J10 bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan bermula dari perancangan sehingga penyerahan projek. Menyelaras penyediaan reka bentuk, lukisan dan dokumen tawaran dan penyerahan projek. Memantau pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dalam pembinaan dan memastikan projek disiapkan berkualiti, menepati kos dan tempoh masa yang dirancang serta memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Membantu Ketua Kumpulan Pengurusan Projek mengurus pelaksanaan projek-projek dalam Kategori II dan III (Skala Fi Minimum Arkitek).
Mengurus pelaksanaan projek mengikut Sistem Pengurusan Kualiti JKR (MS ISO 9001).
Menyediakan Pelan Pelaksanaan Kualiti (Q plan) projek dan Pelan Kualiti Pindaan serta laporan pemantauan projek secara berkala.
Menyediakan laporan unjuran belanjawan projek mengikut kos siling yang ditetapkan.
Menyelaras proses penyerahan projek untuk memastikan projek yang diserahkan memenuhi keperluan pelanggan dan Pelan Pelaksanaan Kualiti (Q plan) yang dipersetujui.
Menyelaras proses pelantikan dan pembayaran perunding dan menyelia pegawai kumpulan di bawah tanggungjawabnya.
Membantu Pengarah Seni Bina mentadbir dan mengurus Unit Seni Bina serta mengawal dan menyelaras kerja kakitangan unit tersebut.
Memberi khidmat nasihat seni bina termasuk tapak pembinaan, perancangan, reka bentuk, bahan, perkhidmatan, dan piawaian, serta memastikan kerja siap mengikut jadual dan bermutu tinggi.
Menyediakan dokumen pelantikan Perunding Seni Bina seperti yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia bagi projek-projek yang berkaitan.
Memastikan bahawa arahan dan surat pekeliling terkini dipatuhi oleh kakitangan di bawah jagaan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah yang baik.
Berkebolehan mengetuai pasukan reka bentuk.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang seni bina serta memahami peraturan dan standard pembinaan.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan mereka bentuk dan mengurus projek dengan baik dan berkesan.
Berkemahiran dalam bidang komputer dan multimedia.
Berpengetahuan dalam kerja berkaitan seni bina seperti hiasan dalaman dan landskap.
Berpengetahuan dalam sistem pemantauan projek.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.