Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2152-02
Bandingkan
Jurutera Proses Pemasangan Pakej Litar Bersepadu (IC) bertanggungjawab membangunkan, mengoptimumkan, dan mengurus proses pembungkusan serta pemasangan litar bersepadu secara menyeluruh bagi memastikan produk semikonduktor yang berfungsi dengan baik, boleh dipercayai, dan kos efektif. Jurutera ini mereka bentuk dan menilai substrat, menjalankan analisis terma dan mekanikal, serta bekerjasama dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan, jaminan kualiti, dan pembuatan untuk menyokong pengeluaran berskala besar. Peranan ini juga merangkumi penyelidikan reka bentuk, penambahbaikan proses, serta memberikan panduan teknikal mengenai bahan, produk, dan proses kejuruteraan elektronik.
Tugasan
Mereka bentuk, mensimulasikan, dan mengesahkan struktur pembungkusan litar bersepadu (IC) bagi memastikan prestasi, kebolehpercayaan, dan kebolehbuatan.
Membangunkan dan menyemak skematik litar serta pemilihan komponen untuk menyokong keperluan pembungkusan dan pemasangan IC.
Melaksanakan proses pengujian, pengesanan ralat, dan pengesahan sistem elektronik menggunakan instrumen berketepatan tinggi dan alat simulasi.
Bekerjasama dengan pasukan rentas fungsi bagi memastikan integrasi sistem, ketahanan terma dan mekanikal, serta pematuhan kepada peraturan reka bentuk.
Mengoptimumkan proses pembungkusan dan pemasangan IC menggunakan analisis statistik dan penyiasatan punca masalah untuk meningkatkan kecekapan, kos, dan kualiti.
Memastikan pematuhan kepada piawaian, peraturan, dan keperluan keselamatan dalam reka bentuk dan pembuatan pembungkusan IC.
Mengurus dokumentasi teknikal, bil bahan (Bill of Materials, BOM), prosedur pengujian, audit, dan aktiviti sokongan pengeluaran.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal dan pemikiran kritis untuk menyelesaikan masalah serta menyesuaikan diri dalam persekitaran yang pantas dan dipacu teknologi.
kemahiran dalam perisian reka bentuk dan kejuruteraan yang berkaitan,termasuk alat PCB dan EDA, untuk pembanggunan dan pengesahan yang tepat.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin serta dokumentasi teknikal.
Ketelitian terhadap butiran,kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk memastikan ketepatan serta memenuhi tarikh akhir projek.
Pengetahuan mendalam tentang teori litar elektronik dan elektrik untuk reka bentuk,analisis dan penyelesaian masalah.
Khusus
Kecekapan dalam kawalan proses statistik (Statistical Process Control, SPC), analisis mod kegagalan dan kesan (Failure Mode and Effects Analysis, FMEA), serta reka bentuk untuk pembuatan (Design for Manufacturing, DFM) dalam proses pemasangan semikonduktor.
Kecekapan dalam reka bentuk dan simulasi elektronik kuasa, termasuk bekalan kuasa mod suis dan teknik analisis kebolehpercayaan.
Kemahiran dalam pembangunan sistem terbenam dan pengujian perkakasan menggunakan protokol komunikasi serta instrumen diagnostik.
Kemahiran dalam pemodelan tingkah laku analog dan simulasi litar menggunakan alat.
Kemahiran dalam penggunaan alat automasi reka bentuk elektronik (Electronic Design Automation, EDA) dan perisian simulasi untuk reka bentuk dan analisis IC, substrat, dan pembungkusan.
Kemahiran dalam reka bentuk litar digital berkelajuan tinggi dan analog, termasuk komponen dan gelung terkunci fasa (PLL).
Pengetahuan dalam integriti isyarat, padanan impedans, dan teknik reka bentuk kuasa rendah untuk sistem elektronik.
Pengetahuan dalam piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta protokol bilik bersih dalam persekitaran kejuruteraan semikonduktor.
Pengetahuan dalam teknologi pembungkusan IC serta prinsip sains bahan berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.