- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2145
Jurutera Kimia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2145-01
Bandingkan
Jurutera Kimia
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Jurutera Kimia mereka bentuk, membangunkan, dan mengoptimumkan proses kimia dan fizikal berskala besar untuk menukarkan bahan mentah kepada produk yang berguna. Mereka bekerja dalam industri seperti farmaseutikal, makanan dan minuman, plastik, getah, simen, kertas, tenaga, serta minyak dan gas, dengan mengaplikasikan prinsip kimia, fizik, biologi, dan kejuruteraan untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan pematuhan terhadap keperluan alam sekitar. Peranan ini melibatkan penskalaan proses makmal kepada pengeluaran industri, meningkatkan hasil, mengurangkan sisa, serta memastikan pematuhan terhadap piawaian peraturan dan keselamatan sambil bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan dan menggunakan data makmal untuk membangunkan atau menambah baik proses kimia.
Mereka bentuk dan membangunkan proses kimia dan peralatan berskala komersial untuk pengeluaran dan penapisan.
Menskalakan proses makmal untuk kegunaan industri dengan memastikan keselamatan, kecekapan, dan pematuhan kepada peraturan.
Menetapkan kaedah pengeluaran, spesifikasi bahan, dan piawaian kualiti bagi proses dan produk kimia.
Menganalisis dan menyelesaikan masalah pengeluaran, termasuk kegagalan peralatan dan kecacatan bahan.
Mengoptimumkan proses untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos, dan menambah baik kecekapan.
Membangunkan prosedur operasi dan kawalan untuk menyokong keselamatan, perlindungan alam sekitar, dan prestasi proses.
Menggunakan perisian untuk mensimulasikan tindak balas kimia dan memodelkan sistem pengeluaran.
Menjalankan analisis keselamatan, seperti Hazard and Operability Study (HAZOP), untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko.
Bekerjasama dengan pasukan operasi, kawalan kualiti, dan pembangunan produk untuk menyokong pelaksanaan dan penambahbaikan proses.
Kemahiran
Asas
Asas yang kukuh dalam kimia,fizik dan matematik.
Kemahiran analisis untuk mendiagnosis masalah dan menguji penyelesaian.
Komunikasi berkesan untuk kerja berpasukan dan kolaborasi pelbagai disiplin.
Pemikiran kritis unruk membuat keputusan teknikal yang bernas.
Penyelesaian masalah kompleks untuk menangani isu pengeluarandan proses.
Khusus
Kecekapan dalam perisian simulasi proses.
Keupayaan untuk melaksanakan penilaian risiko dan menjalankan Hazard and Operability Study (HAZOP).
Pengetahuan dalam amalan kelestarian dan pematuhan alam sekitar dalam operasi proses kimia.
Pengetahuan dalam pengoptimuman proses dan teknik lean manufacturing.
Pengetahuan dalam peralatan mekanikal dan elektrik yang digunakan dalam sistem pemprosesan kimia.
Pengetahuan dalam peraturan keselamatan, kesihatan pekerjaan, dan alam sekitar.
Pengetahuan dalam sains bahan untuk memilih bahan yang sesuai bagi proses dan peralatan kimia.
Pengetahuan dalam sistem kawalan proses dan automasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2145-01
Jurutera Kimia
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.