- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2142
Jurutera Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2142-07
Bandingkan
Juruukur Bahan Gred J9/J10
Juruukur Bahan Gred J9/J10 bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.
Tugasan
Menyediakan anggaran awal, menyemak cabutan butir permulaan, dan memberi nasihat kos semasa peringkat reka bentuk bagi tujuan perancangan serta kawalan belanjawan.
Menyediakan senarai kuantiti mengikut Standard Method of Measurement (SMM), serta menyediakan dokumen tender atau pra tawaran bagi tujuan memperoleh tender yang kompetitif.
Menyediakan anggaran harga kontrak berdasarkan kepada Build-up Rate yang disediakan dan juga sebut harga (quotation) yang diperolehi dari pihak pembekal.
Memberi khidmat nasihat pentadbiran tender dan kontrak serta urusan pelantikan Perunding Ukur Bahan.
Memproses pelantikan Perunding Ukur Bahan, menyemak Surat Niat dan surat pelantikan, merekod prestasi, serta memantau status bayaran yuran perunding.
Memberi perkhidmatan audit teknikal bagi pengurusan tender dan pentadbiran kontrak untuk memastikan pematuhan dasar kerajaan, arahan perbendaharaan, polisi jabatan, dan syarat kontrak.
Menyelia, menyemak dan menyedia draf garis panduan berkaitan dengan pengurusan tender dan kontrak.
Menyediakan pangkalan data kadar-kadar harga berdasarkan sebut harga dan juga as-tendered rate.
Menyemak senarai semua keperluan ICT setiapbahagian dan dikemukakan kepada Unit Teknologi Maklumat (UTM), Cawangan Pengurusan Korporat untuk pertimbangan.
Mengurus pentadbiran latihan, analisis jurang kompetensi, pelaksanaan Sistem Pembangunan Kualiti (SPK), serta rekod kualiti dan laporan berkaitan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.