- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit
2133
Profesional Perlindungan Alam Sekitar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2133-10
Bandingkan
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9 bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984, menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa, mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Menjalankan siasatan terhadap premis yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, dan menyediakan kertas siasatan bagi kes pencemaran untuk tindakan undang-undang.
Menjadi pegawai pendakwa, dan saksi dalam kes tindakan mahkamah.
Mengkaji dan mengulas Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), Penilaian Awal Tapak (PAT), dan Kebenaran Bertulis (KB).
Mengkaji dan menganalisis data-data pengawasan kualiti alam sekitar.
Memproses permohonan lesen baharu, pembaharuan lesen bagi Premis Yang Ditetapkan (PYDT), serta permohonan import dan eksport buangan terjadual.
Mengkaji dan memproses permohonan pengurusan khas, dan guna semula buangan terjadual.
Memberikan khidmat kepakaran teknikal dalam pengurusan alam sekitar.
Mengetuai, memimpin, dan menyelia unit atau cawangan di bawah tanggungjawab.
Menyelia pegawai bawahan dalam tugas harian, membincang dan menyemak kertas kerja, serta menyediakan laporan berkaitan.
Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar, serta menyediakan modul latihan untuk anggota JAS.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi khidmat nasihat.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2133-01
Ahli Agronomi
2133-02
Ahli Sains Pertanian
2133-03
Ahli Florikultur
2133-04
Ahli Hortikultur/Ahli Arboris
2133-05
Juruanalisis Kayu
2133-06
Ahli Sains Haiwan
2133-07
Ahli Sains Penyelidikan Alam Sekitar
2133-08
Pegawai Pemulihara
2133-09
Perunding Alam Sekitar
2133-10
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.