Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2132-08
Bandingkan
Pegawai Rancangan Tanah Gred G9 bertanggungjawab menguruskan wilayah dan rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi setiap rancangan di bawah penyeliaannya. Pihak Rancangan akan memaklumkan kemajuan atas setiap urusan kepada pihak pengurusan wilayah dan Ibu Pejabat.
Tugasan
Melaksanakan tugas sebagai Ketua Jabatan/Pengurus Besar Wilayah dalam mengurus pembangunan ladang, perkampungan, dan penempatan peneroka.
Merancang Program Kerja Tahunan merangkumi pentadbiran, pengurusan kebun, peneroka dan pembangunan usahawan.
Menyediakan Key Performance Indicator (KPI) penghasilan kebun serta strategi pelaksanaan program kerja.
Melaksanakan program kerja mengikut sasaran dan jadual masa yang ditetapkan.
Membuat penilaian pencapaian, menyediakan Laporan Penilaian Pencapaian, dan laporan pengurusan bulanan.
Memantau kemajuan kerja termasuk Program Tanam Semula yang dilaksanakan oleh Agen Pengurusan Tanam Semula untuk kebun peneroka.
Melaporkan isu kepada Ketua Jabatan serta mengemukakan cadangan penyelesaian dan tindakan susulan.
Merancang aktiviti seperti gotong-royong, kursus, latihan, projek ekonomi dan keusahawanan.
Mengawal selia dan menilai aktiviti badan seperti Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Persatuan Belia (Generasi Baru Felda), Koperasi Peneroka, Jawatankuasa Masjid, Badan Khairat dan lain-lain
Memantau pelaksanaan Skim Tuisyen Felda serta menilai kemajuan pelaksanaan program pembangunan masyarakat dan mengambil tindakan penambahbaikan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dan menyampaikan maksud secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu.
Berkebolehan mengenal pasti masalah dan mengemukakan penyelesaian dengan berkesan.
Berkeyakinan dalam penyaluran maklumat serta memberi penerangan atau penjelasan kepada kakitangan.
Kebolehan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pegawai atasan, rakan sejawat, pegawai bawahan dan orang awam.
Memiliki sifat kepimpinan yang tinggi.
Memiliki sikap bersedia berkhidmat dan berdampingan dengan masyarakat luar bandar atau golongan petani.
Khusus
Berkebolehan mengendali komputer dan mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian berkaitan.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan merancang kerja dengan kos yang rendah.
Pengetahuan kerja dan kepakaran dalam bidang pertanian, pengurusan ladang dan pembangunan masyarakat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.