- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2132-06
Bandingkan
Pemelihara Hutan Gred G9
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Pemelihara Hutan Gred G9 bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus dan mengawal sumber hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan termasuk melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, menguatkuasa undang-undang hutan, menyedia dan menyelaras projek perancangan dan pembangunan hutan, mengendalikan audit dalaman MS ISO dan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I), menjalankan penyelidikan dan kajian-kajian ekonomi perhutanan, mengendalikan latihan dan kursus jabatan, melibatkan diri dalam persidangan antarabangsa berkaitan dengan perhutanan serta memberi khidmat nasihat berkaitan hal perhutanan serta memberi khidmat nasihat berkaitan hal perhutanan sama ada di peringkat persekutuan dan negeri.
Tugasan
Menyediakan perancangan dan melaksanakan projek-projek pembangunan hutan dan kewangan di peringkat negeri atau persekutuan.
Menyediakan laporan kemajuan fizikal dan kewangan projek- projek secara bulanan/ suku tahunan.
Melaksanakan perbelanjaan mengurus mengikut peruntukan yang diluluskan serta menyediakan laporan perbelanjaan.
Melaksanakan pengurusan dan pembangunan hutan termasuk penilaian sumber hutan, biodiversiti, sumber air, dan projek penanaman pokok hutan.
Melaksanakan aktiviti pembangunan, pemuliharaan dan pemeliharaan hutan serta perhutanan masyarakat termasuk forest eco-park.
Melaksanakan pengurusan sumber hutan secara berkekalan dan Rancangan Pengurusan Hutan.
Menjalankan penguatkuasaan undang-undang hutan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
Melaksanakan pengawalan dan kutipan hasil hutan serta memproses permohonan kawasan pengusaha hasilan hutan.
Mengurus pentadbiran, kewangan, belanjawan, dan laporan tahunan Jabatan Perhutanan di peringkat daerah.
Melaksanakan program latihan, kursus, peperiksaan, dan aktiviti pengembangan perhutanan bagi meningkatkan kesedaran awam.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat atau pandangan secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah yang bernas semasa perundingan.
Khusus
Berkebolehan menganalisa maklumat perhutanan.
Berkebolehan menulis laporan umum dan saintifik yang berkualiti.
Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.