Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2131-07
Bandingkan
Pegawai Hidupan Liar Gred G9 bertanggungjawab menguruskan sumber biodiversiti negara di dalam Kawasan Perlindungan, menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686], Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Pahang, No. 2 1939, Enakmen Taman Negara Terengganu, No.6 1939, Enakmen Taman Negara Kelantan No.14 1938, melaksanakan aktiviti konservasi hidupan liar, membangun sumber rekreasi ekopelancongan, mengurus program latihan, kesedaran awam dan menjalankan penyelidikan terhadap hidupan liar.
Tugasan
Membantu merancang, menyelaras dan memantau operasi penguatkuasaan, risikan, penggeledahan, pemeriksaan di premis perniagaan, kediaman dan pintu masuk sempadan negara mengikut Akta yang berkuat kuasa agar mematuhi SOP yang ditetapkan.
Bertanggungjawab sebagai Pegawai penyiasat (IO) Jabatan, melengkapkan kertas siasatan (IP) dan membantu Pegawai Pendakwa (PO) untuk sebutan atau perbicaraan kes di mahkamah.
Memantau urusan pengeluaran lesen-lesen berkaitan dengan hidupan liar dan permit CITES (import dan eksport hidupan liar).
Menyediakan laporan pencapaian kes tahunan peringkat negeri dan ibu pejabat.
Mengetuai pegawai menjalankan aktiviti pengurusan hidupan bagi menyelesaikan masalah konflik hidupan liar dengan ladang-ladang pertanian dan manusia.
Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengurusan hidupan liar di peringkat Ibu Pejabat dan koordinasi dengan jabatan peringkat negeri.
Menjalankan pemantauan Wildlife Management Plan (WMP).
Menguruskan aktiviti pengurusan hidupan liar secara ex-situ di Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hiduapan Liar Jabatan.
Melaksanakan program kesedaran awam, ceramah, kursus-kursus anjuran Jabatan untuk pegawai dan kakitangan Jabatan dan mengadakan program kerjasama kursus dengan agensi luar.
Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan, dan menjalankan tugas pentadbiran, kewangan dan sumber manusia di peringkat negeri.
Kemahiran
Asas
Kebolehan berkomunikasi dengan baik.
Keupayaan membuat keputusan dengan baik.
Khusus
Keberanian untuk mengendalikan hidupan liar.
Kebolehan menulis laporan atau kertas kerja dengan baik.
Kekuatan mental dan fizikal untuk bermalam di dalam hutan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.