- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
162
Pengurus Perkhidmatan Lain
Kumpulan Unit
1621
Pengurus Pusat Sukan dan Rekreasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1621-02
Bandingkan
Pengurus Taman dan Rekreasi merancang, mengarah dan menyelaras operasi taman, kemudahan rekreasi dan tempat riadah, termasuk kompleks sukan, karavan atau tapak perkhemahan, litar lumba kuda dan premis e-sukan. Pengurus menyelia operasi harian, mengurus kakitangan, menganjurkan acara dan program, memastikan kesihatan, keselamatan dan pematuhan peraturan serta meningkatkan pengalaman pelawat. Peranan pengurus melibatkan perancangan strategik, pengurusan sumber dan bajet, penglibatan pihak berkepentingan dan promosi aktiviti rekreasi untuk mencapai matlamat operasi, kewangan dan penyertaan.
Tugasan
Membangunkan dan menyelia operasi harian taman, kemudahan rekreasi, dan aktiviti sukan.
Merancang, menyelaras, dan mengurus program rekreasi, acara sukan, dan aktiviti komuniti untuk semua peringkat umur.
Merekrut, melatih, menyelia, dan memantau prestasi kakitangan termasuk sukarelawan, jurulatih, dan pengajar.
Mengurus bajet, operasi kewangan, dan peruntukan sumber bagi memastikan penyampaian program yang kos efektif.
Memastikan semua aktiviti dan kemudahan mematuhi standard kesihatan, keselamatan, dan peraturan.
Menyelia penyelenggaraan, penjadualan, dan penjagaan kemudahan, peralatan, dan kawasan.
Menyelia pengendalian pertanyaan pelanggan, maklum balas, dan aduan bagi meningkatkan pengalaman peserta.
Mempromosikan program rekreasi dan sukan melalui pemasaran, penglibatan komuniti, dan kerjasama pihak berkepentingan.
Merancang, menyelia, dan menilai acara, kejohanan, dan program khas berdasarkan maklum balas peserta.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang jelas untuk berhubung dengan kakitangan,pelawat,pelanggan dan pihak berkepentingan.
Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,termasuk kesedaran asas kewangan untuk penganggaran dan pengurusan sumber.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk menyelaras program,acara dan operasi harian.
Kepimpinan dan pengurusan pasukan untuk menyelia kakitangan dan sukarelawan dengan berkesan.
Orientasi khidmat pelanggan dengan mendengar secara aktif untuk menangani keperluan,aduan dan kecemasan.
Khusus
Kecekapan dalam analisis operasi, program, dan prestasi.
Kecekapan dalam penggunaan sistem pengurusan operasi, tempahan, dan pengurusan data.
Kecekapan dalam pengurusan acara, kejohanan, dan aktiviti rekreasi.
Kecekapan dalam pengurusan bajet, kewangan, dan peruntukan sumber.
Kecekapan dalam pengurusan pematuhan kesihatan, keselamatan, dan peraturan.
Pengetahuan dalam pengurusan kemudahan dan taman termasuk perancangan penyelenggaraan.
Pengetahuan dalam penyelarasan pihak berkepentingan, rakan kerjasama, dan komuniti.
Pengetahuan dalam penyeliaan kakitangan, latihan, dan pengurusan sukarelawan.
Pengetahuan dalam perancangan, reka bentuk, dan pengurusan program rekreasi, sukan, dan riadah.
Pengetahuan dalam strategi pemasaran, promosi, dan penglibatan komuniti termasuk platform digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.