- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
15
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
151
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit
1511
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-14
Bandingkan
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) merancang, mengarah dan menyelia pelaksanaan dan penggunaan proses, sistem dan piawaian BIM yang berkesan merentasi projek pembinaan atau infrastruktur. Peranan ini memastikan konsistensi, kualiti dan pematuhan model BIM dan aliran kerja maklumat dengan menyelaras pasukan dalaman dan perunding luaran, mengurus persekitaran data kongsi dan memantau pembangunan dan penyepaduan model. Ia menyediakan kepimpinan teknikal untuk menyokong penyampaian projek yang diselaraskan, peningkatan produktiviti dan penjajaran dengan keperluan organisasi dan projek.
Tugasan
Menerajui pembangunan dan pelaksanaan strategi Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM).
Menyelaras dengan arkitek, jurutera, kontraktor, pengguna, vendor, dan juruteknik.
Menetapkan dan menguatkuasakan piawaian serta protokol BIM.
Mengurus integriti data model Pemodelan BIM serta memastikan keselamatan sistem berkaitan BIM dan Persekitaran Data Bersama (Common Data Environment, CDE).
Menyelia pelaksanaan BIM dan projek pembinaan digital bagi memastikan penyampaian tepat pada masa, mematuhi bajet, dan berkualiti.
Menyediakan latihan, bimbingan, dan pembangunan kakitangan dalam BIM.
Menilai teknologi BIM dan mencadangkan penyelesaian perisian serta perkakasan yang sesuai untuk menyokong pelaksanaan projek.
Memastikan pematuhan kepada piawaian kebangsaan BIM, termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB).
Mengintegrasikan BIM dengan penjadualan projek dan alat anggaran kos.
Kemahiran
Asas
Aplikasi prinsip asas pengurusan projek.
Komunikasi yang jelas dan penyelarasan dengan pihak berkepentingan projek.
Literasi digital untuk sistem BIM dan dokumentasi teknikal.
Pemikiran kritis pembuat keputusan yang tepat dalam konteks projek.
Perhatian terhadap perincian dan pengurusan masa yang berkesan.
Khusus
Kecekapan dalam mengurus pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM) menggunakan perisian seperti Autodesk Revit, Navisworks, AutoCAD, Tekla dan ArchiCAD.
Kecekapan dalam mengurus Persekitaran Data Bersama (Common Data Environment, CDE), termasuk platform seperti Autodesk Construction Cloud dan Bentley ProjectWise.
Kecekapan dalam penyelarasan model dan pengesanan pertembungan (clash detection) merentasi pasukan projek pelbagai disiplin.
Kecekapan dalam reka bentuk data, migrasi dan pentadbiran pangkalan data BIM.
Kecekapan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) serta alat digital untuk aliran kerja pembinaan digital kolaboratif.
Pengetahuan mengenai integrasi BIM 3D, 4D dan 5D untuk reka bentuk, penjadualan dan pengurusan kos.
Pengetahuan mengenai kawalan keselamatan siber dan penilaian untuk data BIM serta infrastruktur digital.
Pengetahuan mengenai penilaian risiko dalam proses BIM, pengurusan data dan penyampaian projek.
Pengetahuan mengenai piawaian ISO 19650 dan keperluan Pelan Hala Tuju BIM Malaysia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1511-01
Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Data/Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat
1511-02
Pengurus Sistem Maklumat
1511-03
Pengurus Pusat Komuniti Desa (Teknologi Maklumat)
1511-04
Penyedia Perkhidmatan Internet
1511-05
Pengurus Rangkaian/Komunikasi/Infrastruktur
1511-06
Pengurus Audio Visual
1511-07
Pengurus Projek Teknologi Maklumat
1511-08
Pengurus Program Teknologi Maklumat
1511-09
Pengurus Bioinformatik
1511-10
Pengurus Multimedia Kreatif
1511-11
Pengurus Operasi Rangkaian
1511-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan Teknologi Maklumat
1511-13
Pengurus Perisian dan Aplikasi
1511-14
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
1511-15
Pengurus Keselamatan Siber
1511-16
Ketua Seksyen Analisis Kegagalan (Sistem)
1511-17
Pengurus Kandungan (ICT)
1511-18
Pengurus Data
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.