Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1221-04
Bandingkan
Pengurus Pemasaran dan Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) membangunkan, melaksanakan dan mengurus strategi pemasaran SEO keseluruhan organisasi. Mereka memberi tumpuan kepada peningkatan kehadiran dalam talian syarikat dengan meningkatkan keterlihatan laman web dan kandungan dalam hasil enjin carian, memacu trafik organik dan mengoptimumkan prestasi digital. Peranan ini melibatkan analisis data SEO, mengenal pasti trend dan bekerjasama dengan pasukan pemasaran, kandungan dan IT untuk mencapai objektif pemasaran strategik.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi SEO dan pemasaran digital untuk meningkatkan keterlihatan dalam talian dan kedudukan enjin carian.
Merancang, mengarah, dan mengurus strategi keseluruhan pemasaran dan SEO selaras dengan objektif organisasi.
Menganalisis trend pasaran, prestasi carian, dan peluang pertumbuhan bagi menyokong strategi pemasaran.
Menyelia audit laman web dan menilai prestasi menggunakan alat analitik SEO.
Bekerjasama dengan pasukan kandungan untuk memastikan pembangunan kandungan digital yang dioptimumkan dan menarik.
Mengurus dan menyelia pakar SEO serta menyelaras aktiviti merentas jabatan.
Merancang dan menyelaras kempen pemasaran berdasarkan pandangan pasaran dan objektif organisasi.
Mengurus bajet pemasaran dan memastikan penggunaan sumber yang cekap.
Memantau perkembangan amalan SEO dan perubahan algoritma enjin carian untuk menyokong keputusan strategik.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitik untuk menilai data dan menghasilkan pandangan yang boleh diambil tindakan.
Kemahiran komunikasi yang kukuh bagi menyokong kerjasama dengan pasukan silang fungsi.
Kemahiran pemikiran kritis dan pembelajaran aktif untuk memahami trend dan menangani permasalahan.
Kemahiran pengurusan masa bagi mengurus pelbagai tugasan dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan.
Pengetahuan mengenai strategi pemasaran digital selain SEO, termasuklah PPC dan pemasaran melalui media sosial.
Khusus
Kecekapan dalam alat analitik SEO dan web (contohnya Google Analytics, Google Search Console, SEMrush, Ahrefs, Moz, Screaming Frog).
Pengetahuan mengenai algoritma enjin carian, faktor kedudukan, dan amalan terbaik SEO.
Pengetahuan mengenai analisis pasaran, penilaian prestasi kempen, dan analitik tingkah laku pengguna.
Pengetahuan mengenai analisis prestasi laman web dan metrik trafik carian.
Pengetahuan mengenai pembangunan strategi pemasaran digital dan pengoptimuman enjin carian (SEO).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.