Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8312
Bandingkan
Operator Brek, Isyarat, dan Suis Landasan Kereta Api
Operator Brek, Isyarat, dan Suis Landasan Kereta Api menjaga kereta api barang semasa berada di landasan, mengawal pergerakan trafik landasan kereta api dengan mengendalikan isyarat, menukar gerabak, dan menyediakan kereta api di yard kereta api, menyediakan kereta api untuk kerja mengangkut di lombong dan mengawal pergerakannya.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjaga kereta api barang semasa berada di landasan.
Mengawal pergerakan trafik landasan kereta api yang berada di landasan dengan mengendalikan isyarat dan mengawal suis dari panel kawalan atau kotak isyarat.
Menukar dan memasang gerabak di yard kereta api dan di landasan sisi mengikut arahan untuk memuatkan beban, memunggah beban, dan menyediakan kereta api.
Menyediakan kereta api untuk kerja mengangkut dengan lokomotif atau kabel dan mengawal pergerakannya di sepanjang laluan pengangkutan di lombong atau kuari.
Memeriksa sistem dan kelengkapan kereta api seperti sistem penghawa dingin dan pemanas, brek, dan hos brek sebelum kereta api beroperasi di landasan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.