Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8142
Bandingkan
Operator Mesin Produk Plastik
Operator Mesin Produk Plastik mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli dan mengadun sebatian untuk mendapatkan bahan plastik, dan mesin yang membuat pelbagai komponen dan barangan plastik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli, mencampur, dan mengadun sebatian untuk mendapatkan bahan plastik.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang membentuk bahan plastik melalui pengacuan, penyemperitan, pemotongan, dan juga melalui cara lain.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menyalut plastik dan bahan mengandungi plastik.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menekan serbuk plastik menjadi pelet.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mencetak corak timbul pada kepingan plastik.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang membuat produk plastik seperti barangan rumah, kasut teracu, barang mainan, dan aksesori perindustrian.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.