- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
81
Operator Mesin dan Loji Pegun
Kumpulan Kecil
812
Operator Loji Pemprosesan dan Pengemas Logam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8122
Bandingkan
Operator Mesin Pengemas, Penyadur, dan Penyalut Logam
Operator Mesin Pengemas, Penyadur, dan Penyalut Logam mengendalikan dan mengawasi kelengkapan yang mengemaskan, menyadur dan menyalut barangan logam atau bahagiannya untuk memberi lebih rintangan terhadap kakisan dan lelasan bagi tujuan hiasan, atau untuk memberi sifat elektrik atau magnet.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan yang membersihkan barangan logam dalam penyediaan untuk proses pengelektrosaduran, penggalvanian, pengenamelan, atau proses yang seumpamanya.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan pengelektrosaduran.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan celup panas yang digunakan untuk menyalut produk besi dan keluli.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menyalut dawai dengan logam bukan ferus secara automatik.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan yang digunakan untuk menyembur logam lebur atau bahan lain pada produk logam untuk memberi salutan perlindungan atau hiasan, atau untuk memberi kesan haus atau rosak pada permukaan.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan untuk mengoksidakan permukaan logam kepada kemasan hiasan melalui proses kimia.
Mengendalikan kelengkapan pembagasan pasir untuk membersihkan dan melicinkan permukaan bahagian logam.
Mengendalikan mesin untuk mengemas secara separa permukaan barangan logam tuang.
Mengendalikan dan mengawasi kelengkapan yang digunakan untuk memberi kemasan tahan karat pada barangan logam dengan mengolahnya menggunakan kimia dan memanaskannya.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.