Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8111
Bandingkan
Pelombong dan Pekerja Kuari
Pelombong dan Pekerja Kuari mengendalikan jentera, loji dan alat tangan, serta mengekstrak galian pepejal dari lombong bawah tanah atau lombong dedah atau kuari.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengekstrak arang batu, bijih dan galian pepejal yang lain dari lombong bawah tanah atau lombong dedah.
Mengekstrak granit, batu kapur, batu loh, flin, atau jenis batuan lain dari kuari.
Mengeset dan mengendalikan mesin yang menebuk saluran atau menggerudi lubang letupan ke dalam permukaan terdedah lombong atau kuari.
Memotong, melaraskan dan memasang penyangga kayu atau keluli.
Memasang tiang dan gerbang untuk menyokong dinding dan bumbung bagi kerja bawah tanah.
Mengambil sampel batu arang atau bijih untuk analisis makmal.
Mengekstrak kapur, tanah liat, batu kelikir, atau pasir dari lombong dedah.
Memastikan pematuhan terhadap prosedur dan peraturan keselamatan tempat kerja.
Mengendalikan dan mengawasi jentera perlombongan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.