Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7631
Bandingkan
Penyelam Dalam Air
Penyelam Dalam Air bekerja di bawah permukaan air, dengan menggunakan peralatan pernafasan untuk memeriksa, memasang, membaiki, dan mengeluarkan peralatan dan struktur, menjalankan pengujian atau eksperimen, letupan pelantar, mengambil fotografi struktur atau kehidupan marin, atau membaik pulih barangan dan mencari orang yang hilang.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memantau kepanjangan dan kedalaman penyelaman, dan mendaftar dengan pihak berkuasa sebelum ekspedisi menyelam bermula.
Memeriksa dan menyelenggara peralatan menyelam seperti topi keledar, topeng, tangki udara, sut menyelam, abah-abah dan tolok.
Bekerja di bawah air untuk memasang dan membaiki jambatan, jeti dan dinding-pelabuhan asas.
Memeriksa kerosakan yang disyaki dan membuat pembaikan kecil kepada badan kapal dan pemasangan air.
Membuat laporan mengenai kerosakan kapal.
Mengeluarkan hadangan dalam air.
Menggerudi lubang untuk letupan dalam air.
Menjalankan pelbagai tugas dalam air yang berkaitan dengan kerja menyelamat atau mencari mayat.
Berkomunikasi dengan pekerja di permukaan air, manakala di dalam air, menggunakan talian isyarat atau telefon.
Mendapatkan maklumat tentang tugas menyelam dan keadaan alam sekitar.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.