Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7412
Bandingkan
Mekanik dan Jurugegas Elektrik melaraskan, membetulkan, memasang, menservis, dan membaik pulih jentera elektrik, serta perkakas dan kelengkapan elektrik yang lain di dalam bangunan, kilang, bengkel, dan tempat lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memasang, menyelenggara, dan membaik pulih kelengkapan elektrik yang berkaitan di pelbagai bangunan seperti sekolah, hospital, bangunan komersil, bangunan kediaman, dan struktur lain.
Melaraskan, membetulkan, dan membaik pulih pelbagai jenis jentera dan motor elektrik, penjana, peralatan suis dan alat kawalan, alatan, atau bahagian elektrik pada lif dan kelengkapan yang berkaitan.
Melaraskan, membetulkan, dan membaik pulih bahagian elektrik pada perkakas rumah, mesin perusahaan dan perkakas lain, atau perkakas elektrik dalam pesawat udara, kapal, dan kenderaan.
Memasang, menyelenggara, dan membaik kelengkapan elektrik di dalam panggung wayang dan studio radio atau televisyen.
Memeriksa dan menguji produk elektrik buatan kilang.
Merancang dan menjalankan penyelenggaraan pencegahan dan berjadual bagi pemasangan elektrik.
Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian elektrik pada setiap masa serta menyelenggara dan memeriksa semua pendawaian, suis, starter panel dan control panel serta motor elektrik dan lain-lain yang berkenaan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.