Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7317
Bandingkan
Pekerja Kraftangan Kayu, Bakul dan Bahan yang Berkaitan
Pekerja Kraftangan Kayu, Bakul dan Bahan yang Berkaitan mengaplikasikan teknik tradisional dan/ atau moden untuk menyediakan barangan kayu, jerami, rotan, mensiang, batu, tanah liat, cengkerang dan bahan lain, dan mengukir, membentuk, memasang, menganyam, atau melukis dan menghias pelbagai barangan untuk kegunaan peribadi atau rumah, atau untuk tujuan hiasan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyediakan kayu, jerami, rotan, mensiang, batu, cengkerang, atau bahan yang seumpamanya.
Mengukir, memasang, menganyam, melukis, dan menghias pelbagai barangan untuk kegunaan peribadi atau rumah seperti mangkuk salad, sudu makan, papan pemotong, dulang, pasu bunga, jag air, bakul, topi jerami, tikar jerami, dan objek seumpamanya.
Mengukir, memasang, menganyam, dan melukis pelbagai barangan hiasan seperti arca dan seni arca yang lain.
Membuat perabot dengan menganyam rotan yang dilembutkan, buluh, rushes, dahan pokok dan bahan yang lain.
Membuat pelbagai jenis bakul dengan menggunakan anyaman daripada rotan, buluh, rushes dan bahan seumpamanya.
Memilih dan menyediakan bahan berus seperti bulu, benang nilon, serat dan kawat dan mengatur di dalam acuan berus.
Memilih dan menyediakan bahan seperti penyapu.
Membuat tikar menggunakan daun kelapa atau kelapa sawit dan bahan rerumput.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.