Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7124
Bandingkan
Tukang Penebatan
Tukang Penebatan meletakkan dan membaik pulih bahan penebat pada bangunan, dandang, paip, atau kelengkapan penyejukan dan penghawa dingin.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memotong bahan penebat mengikut saiz dan bentuk.
Memasang bidur dan kepingan daripada bahan penebat atau bahan penyerap bunyi pada dinding, lantai dan siling bangunan.
Meniup dan membungkus bahan penebat atau bahan penyerap bunyi ke dalam lubang antara dinding, lantai dan siling bangunan dengan menggunakan mesin pacuan kuasa.
Memeriksa pelan, spesifikasi, dan tapak kerja untuk menentukan jenis, kualiti dan kuantiti bahan penebat yang dikehendaki.
Memasang bahan penebat di permukaan terdedah pada kelengkapan seperti dandang, paip dan tangki.
Menebat kelengkapan alat penyejuk dan penghawa dingin.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.