Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7123
Bandingkan
Tukang Plaster
Tukang Plaster memasang, menyelenggara, dan membaik pulih papan lepa pada bangunan, dan meletakkan lapisan perhiasan dan perlindungan daripada plaster, simen, dan bahan yang seumpamanya pada bahagian dalam dan luar struktur.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membuat satu atau lebih lapisan plaster pada dinding dan siling di dalam bangunan untuk menghasilkan permukaan siap.
Mengukur, menandakan, dan memasang panel plaster hiasan serta menuang dan merapikan birai hias plaster hiasan.
Meletakkan lapisan penutup perlindungan dan hiasan daripada simen, plaster, dan bahan yang seumpamanya pada permukaan luar bangunan.
Membuat dan memasang lekapan plaster hiasan daripada plaster gentian.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.