Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7114
Bandingkan
Tukang Letak Konkrit, Pengemas Konkrit, dan Pekerja yang Berkaitan
Tukang Letak Konkrit, Pengemas Konkrit, dan Pekerja yang Berkaitan mendirikan rangka dan struktur konkrit bertetulang, membuat bentuk untuk membuat acuan konkrit, mengukuhkan permukaan konkrit, menyimen bukaan pada dinding atau selongsong telaga, mengemas serta membaik pulih permukaan simen, dan menjalankan kerja terazo.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membina dan membaik pulih lantai, dinding, tangki, silo konkrit tetulang, dan struktur konkrit yang lain.
Membuat penutup atau memasang bentuk pasang siap untuk membuat acuan konkrit.
Menyimen bukaan pada dinding atau selongsong telaga.
Mengemas dan meratakan permukaan struktur konkrit.
Meletakkan bahan permukaan yang tahan lasak dan licin yang mengandungi simen, pigmen pasir dan serpihan marmar pada lantai yang dikenali sebagai siapan terazo.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.