- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
6
Pekerja Pertanian, Perhutanan, Penternakan dan Perikanan
Kumpulan Sub-Utama
61
Pekerja Pertanian dan Penternakan Berorientasikan Pasaran
Kumpulan Kecil
612
Pengeluar Haiwan
Kumpulan Unit
6122
Pengeluar Ternakan Ayam Itik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
6122
Bandingkan
Pengeluar Ternakan Ayam Itik
Pengeluar Ternakan Ayam Itik merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk membiak baka, menternak, dan menjaga ayam itik untuk menghasilkan telur, daging, sarang atau bulu, dan stok ternakan untuk jualan, atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah ayam itik dan produk ayam itik yang hendak dihasilkan.
Memantau aktiviti pasaran, merancang dan menyelaraskan pengeluaran yang sewajarnya, serta mengekalkan dan menilai rekod aktiviti pertanian.
Memantau dan memeriksa ayam untuk mengesan penyakit, kecederaan atau jangkitan, dan untuk memeriksa keadaan fizikal seperti kadar berat badan, dan mengeluarkan ayam yang lemah, sakit dan mati dari kawanan.
Memberi vaksin ternakan melalui air minuman, suntikan atau debu udara.
Mengumpul, menyimpan, membungkus dan menghantar hasilan untuk dijual kepada pasaran.
Mengumpul, menyimpan dan membungkus telur untuk dijual di pasaran.
Menentukan jantina anak ayam dan memudahkan pembiakan, permanian beradas, dan penetasan telur.
Melatih dan menyelia pekerja tentang prosedur pengeluaran ayam, tugas penyelenggaraan, dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan.
Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap hasil ternakan.
Menghantar atau memasarkan produk ladang.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.