Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5419-07
Bandingkan
Detektif Persendirian menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara peribadi, undang-undang atau kewangan. Tugas mereka termasuk menjalankan pemantauan, melakukan semakan latar belakang, mengesan individu yang hilang, serta mengumpul bukti berkaitan kes seperti penipuan, kecurian, tuntutan insurans atau pertikaian sivil. Mereka menganalisis maklumat, menemu bual individu, dan menyediakan laporan terperinci untuk pelanggan atau bagi tujuan prosiding undang-undang. Mereka lazimnya bekerja secara persendirian atau dalam agensi penyiasatan dan perlu beroperasi dalam batas undang-undang serta etika semasa mengumpul dan mengendalikan maklumat.
Tugasan
Menyiasat aktiviti jenayah, penipuan, atau tidak beretika yang melibatkan individu atau organisasi.
Melakukan pengawasan dan operasi sulit untuk mengumpul maklumat dan bukti secara tersembunyi.
Mengumpul, menganalisis, dan mendokumentasikan bukti untuk tujuan undang-undang, tatatertib, atau pentadbiran.
Melakukan semakan latar belakang terhadap individu atau perniagaan menggunakan sumber maklumat yang sah.
Menemuramah pelanggan, saksi, dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat berjeniskan fakta.
Menyediakan laporan siasatan yang jelas dan terperinci mengikut piawaian undang-undang dan profesional.
Menggunakan alat dan teknologi penyiasatan, termasuk pangkalan data, peranti rakaman, dan peralatan penjejakan jika dibenarkan undang-undang.
Menjalin hubungan profesional dengan pihak berkuasa dan profesional undang-undang yang berkaitan jika perlu.
Menjaga kerahsiaan, tingkah laku beretika, dan pematuhan kepada undang-undang yang berkenaan sepanjang penyiasatan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah untuk menganalisis situasi dan membuat kesimpulan.
Kemahiran menulis laporan asas untuk mendokumentasikan penemuan dan insiden dengan jelas.
Kemahiran pemerhatian dan ketelitian terhadap perincian yang kukuhh untuk mengesan tingkah laku yang mencurigakan serta petunjuk halus.
Keupayaan untuk mengekalkan kerahsiaan, tingkah laku beretika dan kekal tenang di bawah tekanan.
Komunikasi yang berkesan dan kemahiran mendengar aktif untuk berinteraksi secara berhati-hati dengan pelanggan, saksi dan orang lain, termasuk dalam suasana berbilang bahasa.
Khusus
Kemahiran dalam teknik pengawasan dan penggunaan CCTV serta peralatan pemantauan lain.
Kemahiran menulis laporan siasatan yang jelas, ringkas, dan komprehensif.
Kemahiran pemerhatian yang tinggi dan penilaian etika dalam mengendalikan maklumat sensitif.
Keupayaan menganalisis maklumat kompleks dan menghubungkan data yang berbeza untuk menyelesaikan kes.
Pengalaman dalam forensik digital, semakan latar belakang, dan sistem pengesanan elektronik.
Pengetahuan dalam temu ramah, soal siasat, dan pengumpulan maklumat daripada saksi dan suspek.
Pengetahuan tentang undang-undang tempatan, prosedur undang-undang, dan garis panduan etika yang berkaitan dengan penyiasatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.