Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5415
Bandingkan
Pegawai dan Pembantu Imigresen/ Kastam
Pegawai dan Pembantu Imigresen/ Kastam membantu memeriksa dan menilai kebolehmasukan semua penumpang yang memasuki pelabuhan laut dan lapangan terbang. Mereka terlibat dalam sasaran kerja pencegahan dan mencari kenderaan, angkut barang, dan dokumentasi.
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport/eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar/ masuk di pintu-pintu masuk negara dan membuat imbangan daftar-daftar muatan.
Mengawal pergerakan barang-barang yang keluar /masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti.
Menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/ kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Memilih dan mensasarkan kenderaan tertentu berdasarkan keperisikan, kesalahan terdahulu, maklumat penghantaran terdahulu, rekod komputer, dan aliran semasa.
Mencari individu, kenderaan, dan kargo bagi barangan yang diseludup.
Memeriksa dokumen berhubung dengan barang angkut yang diimport.
Memeriksa barang angkut secara fizikal untuk memastikan barangan yang dibawa sama seperti yang dinyatakan dalam dokumen.
Menahan individu yang disyaki menyeludup barang.
Membantu menguatkuasakan undang-undang, membuat pemeriksaan ke atas premis perniagaan borong, runcit, membantu dalam tugas-tugas operasi penyeludupan, permohonan lesen borong dan runcit, menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang diambil tindakan di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan, memproses permohonan permit pemindahan beras, mengumpul maklumat barang- barang kawalan, memproses permohonan lesen import, hasil sampingan beras seperti tepung beras, tepung pulut, bihun dan lain-lain dan menyediakan maklumat-maklumat berkaitan import dan eksport barang tersebut.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.