- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit
5414
Pengawal Keselamatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5414
Bandingkan
Pengawal Keselamatan
Pengawal Keselamatan mengawal kilang, gudang, rumah dan harta lain daripada kebakaran, kecurian, pencerobohan serta mengiringi kenderaan yang membawa wang tunai atau barang berharga untuk melindunginya daripada dicuri atau dirompak.
Tugasan
Mengambil maklumat kenderaan yang memasuki atau meninggalkan kilang atau kawasan.
Memeriksa kenderaan yang meninggalkan kawasan bagi mencegah pengeluaran barang tanpa kebenaran.
Meronda di dalam dan sekitar kawasan bagi mencegah pencerobohan.
Mengiringi atau memandu kenderaan yang membawa wang tunai, gaji, atau barang berharga untuk melindunginya daripada dicuri atau dirompak.
Menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan bagasi di lapangan terbang.
Mengiringi pihak tertentu ke kamar mahkamah atau seumpamanya.
Menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi dan mengarahkan pengawal-pengawal keselamatan mengawasi pelawat-pelawat yang memasuki kompleks.
Membuat rondaan di dalam dan di luar bangunan.
Menjalankan tugas pengawal peribadi.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.