Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5321
Bandingkan
Pembantu Penjagaan Kesihatan
Pembantu Penjagaan Kesihatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membantu pesakit dengan keperluan penjagaan peribadi dan terapeutik seperti kebersihan diri, makan, berpakaian, pergerakan fizikal dan senaman, komunikasi, mengambil ubat-ubatan dan menukar balutan luka.
Mendudukkan, mengangkat dan mengalihkan pesakit dan mengangkat mereka di kerusi roda atau di atas katil mudah alih.
Mengekalkan tahap kebersihan kawasan persekitaran pesakit, seperti membersihkan bilik pesakit dan menukar linen katil.
Membantu pesakit supaya berasa selesa.
Memantau keadaan pesakit dengan mengambil suhu badan dan denyutan nadi, pernafasan, serta berat badan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.