- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
53
Pekerja Perkhidmatan Pendidikan dan Sosial
Kumpulan Kecil
532
Pekerja Penjagaan Diri dalam Perkhidmatan Kesihatan
Kumpulan Unit
5321
Pembantu Penjagaan Kesihatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5321-06
Bandingkan
Pembantu Kesihatan Awam Gred U1 melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention – Primary Health Care Approach).
Tugasan
Mengawal sistem pelupusan air limbah dan sisa pepejal, termasuk menyelia pembinaan dan memastikan rekod serta stok bahan dan peralatan dikemas kini.
Memantau mutu air minum luar bandar, termasuk mengambil sampel air dan mengukur keasidan serta kealkalian.
Mengawal penyakit berjangkit, termasuk mengesan secara aktif, membantu disinfeksi dan melaporkan kejadian luar biasa.
Mengawal penyakit bawaan vektor, termasuk menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, mengendalikan aktiviti pencegahan, mengesan penyakit secara aktif dan menjalankan tinjauan alam.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan.
Mengawal keselamatan dan kualiti makanan, termasuk menjalankan pensampelan makanan, menyimpan dan mengemaskini Daftar Premis Makanan dan Pengendali Makanan, serta membantu penyiasatan kes keracunan makanan.
Mengendalikan penguatkuasaan undang-undang kesihatan, termasuk membantu pemeriksaan premis, menutup premis jika perlu, menyimpan eksibit, menyerahkan notis dan saman, serta menyediakan laporan berkala.
Menyediakan laporan-laporan aktiviti harian, minggu, bulanan dan tahunan.
Mengawal kesihatan am, termasuk melakukan pemeriksaan susulan di ladang, lombong dan sekolah serta memberi maklum balas mengenai pencemaran dan pembuangan sisa toksid.
Mengambil bahagian dalam kerja-kerja kawalan dan pencegahan semasa dan selepas bencana alam.
Kemahiran
Asas
Berpengalaman memahami dan melaksanakan tugas mengikut aktiviti yang ditetapkan.
Khusus
Berpengetahuan dalam bidang kesihatan awam termasuk kawalan penyakit berjangkit, kawalan vektor, keselamatan dan kualiti makanan, BAKAS dan KMAM.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.