- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
53
Pekerja Perkhidmatan Pendidikan dan Sosial
Kumpulan Kecil
532
Pekerja Penjagaan Diri dalam Perkhidmatan Kesihatan
Kumpulan Unit
5321
Pembantu Penjagaan Kesihatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5321-05
Bandingkan
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Tugasan
Menjalankan aktiviti kebersihan dan disinfektasi di hospital/klinik/fasiliti, termasuk lantai, peralatan dan linen kotor.
Menyediakan persiapan klinik seperti susun atur kerusi/meja, peralatan pembedahan kecil, kad rawatan pesakit, dan memastikan sistem nombor giliran berfungsi.
Menyelia perkhidmatan kaunter, termasuk pendaftaran pesakit, memasukkan maklumat ke kad rawatan dan mengesan kad untuk rawatan susulan.
Membantu dalam rawatan pesakit, memanggil pesakit, menyediakan borang/rawatan dan peralatan pemeriksaan.
Mengurus pengendalian sisa klinikal, termasuk sharp bin, plastik biohazard, penyimpanan selamat, dan penghantaran ke pusat pengumpulan.
Menjalankan proses pendaftaran dan penyediaan fail pesakit bagi klinik khusus seperti Klinik Metadone, termasuk mengambil keputusan makmal dan membantu menyediakan ubatan.
Membantu dalam promosi kesihatan, menyediakan peralatan ceramah, mengedarkan risalah dan mengemaskan peralatan selepas digunakan.
Menyelia perkhidmatan porter, termasuk penghantaran spesimen, ubat, troli makanan, pesakit ke jabatan lain, dan dokumen perubatan.
Mengiringi pesakit ke jabatan lain atau hospital rujukan apabila perlu.
Menjaga dan memastikan peralatan dalam keadaan selamat dan berfungsi untuk digunakan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
Berkebolehan membuat catatan dan merekod dengan berkesan.
Berkebolehan mengurus masa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.