Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5312
Bandingkan
Pembantu Guru
Pembantu Guru melaksanakan tugas bukan mengajar untuk membantu guru, dan menyediakan penjagaan dan penyeliaan untuk kanak-kanak di sekolah-sekolah dan pra-sekolah.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas pra-sekolah dan mengasuh murid-murid.
Menunjukkan, menyelia dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan fizikal, sosial, emosi dan perkembangan intelek kanak-kanak di sekolah dan pra-sekolah.
Menyediakan kawasan di dalam dan luaran untuk pembelajaran dan aktiviti rekreasi.
Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah intelektual, fizikal, tingkah laku dan lain-lain masalah pembelajaran dalam pengajian mereka.
Membantu kanak-kanak secara individu untuk belajar kemahiran sosial.
Membantu dengan menyediakan bahan-bahan pengajaran, dan menyalin dan mengumpul bahan bertulis dan bahan cetak.
Mengendalikan peralatan audio-visual, komputer dan alat bantu pengajaran yang lain.
Mengedar dan mengumpul bahan pengajaran.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.