Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5312-05
Bandingkan
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV2 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Mengajar latihan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan NOSS atau standard lain yang telah ditetapkan.
Membantu penyediaan modul pembelajaran.
Menyediakan dan menjalankan ujian teori dan amali serta menilai pencapaian pelajar/pelatih.
Merekod dan melaporkan keputusan penilaian.
Membantu mengenal pasti penempatan latihan industri dan urusan-urusan yang berkaitan.
Menentukan kebersihan, keselamatan dan susun atur di dalam dan luar bengkel/ bilik kuliah sempurna dan teratur serta selamat sebelum dan selepas digunakan.
Memantau pematuhan tatacara disiplin, keselamatan dan kebersihan semasa program pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Menyediakan, memastikan dan mengawal selia mesin dan peralatan latihan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Membantu menjalankan program motivasi, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar/ pelatih dan menyelaras kegiatan kurikulum di institut.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.