Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5249
Bandingkan
Pekerja Jualan yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Pekerja Jualan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 524: Pekerja Jualan Lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyusun dan mempamerkan barangan untuk dijual.
Menasihati pelanggan tentang pilihan, harga, penghantaran, penggunaan, dan penjagaan barang perkhidmatan.
Menyediakan bil, invois atau resit.
Membuat demonstrasi bagi barangan yang dijual untuk memberitahu pelanggan tentang ciri dan cara penggunaannya serta untuk menggalakkan minat membeli.
Menghubungi peniaga atau orang perseorangan melalui telefon untuk mencari pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan.
Memeriksa stok dan mengambil bahagian dalam pengiraan stok.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.