Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5243
Bandingkan
Jurujual Pintu-ke-Pintu
Jurujual Pintu-ke-Pintu menjual barangan dan perkhidmatan dan mendapatkan perniagaan bagi pertubuhan dengan mendekati atau melawat pelanggan yang berpotensi, biasanya penduduk di rumah-rumah persendirian, dengan pergi dari pintu ke pintu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menghubungi pelanggan melalui telefon, mel, atau pertemuan untuk menawarkan atau memujuk mereka agar membeli barangan atau perkhidmatan.
Menyusun dan mempamerkan sampel barangan dalam majlis atau di rak pamer.
Menghantar barangan, berkhidmat untuk pelanggan, mengutip bayaran, dan memberi baki wang.
Mendampingi bakal pelanggan atau bergerak dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk menghantar atau menjual barangan atau perkhidmatan.
Mengagihkan sampel produk atau risalah yang menerangkan tentang produk atau perkhidmatan secara terperinci.
Mengambil pesanan barangan atau memasukkan pesanan ke dalam sistem komputer.
Menerangkan harga produk atau perkhidmatan dan menunjuk cara penggunaan produk.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.