Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5241
Bandingkan
Model Fesyen dan Model Lain
Model Fesyen dan Model Lain memakai serta memperagakan pakaian dan aksesori, dan bergaya untuk penggambaran, filem dan video, pengiklanan, fotografi atau untuk penciptaan seni.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memakai pakaian contoh fesyen terkini atau semasa, atau jenis yang dikehendaki oleh pelanggan.
Memperagakan, dan menunjukkan gaya dan ciri lain dengan sebaik-baiknya.
Berjalan, berpusing dan bergaya untuk menunjukkan gaya dan ciri-ciri pakaian, aksesori fesyen dan barangan lain.
Bergaya sebagai model untuk fotografi seni foto, ukiran, atau lukisan.
Bergaya sebagai model untuk filem dan rakaman video dalam bidang pengiklanan.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.